Monday, February 21, 2011

kesedihan~

Kesedihan? Pernah ke anda rasa sedih? Tipulah kalau kate tak pernah kan? dan sebenarnya dah macam jadi lumrah kehidupan. setiap orang akan merasa sedih. nak wat cam mane. kesedihan tu datang tanpa di undangkan? mcm aku. rase sedih. terasa hati. tapi nak wat cam mane? nak di luah pade siape kalau org yang kita harapkan untuk wat kite bahagia itu lah yang membuat kite sedih? aku sedih. sangat sedih? tipulah kalau aku kata aku tak pernah bahagia. mungkin kali ni waktu aku untuk sedih. dugaan. aku terima seadanya. cume aku terkilan. kenape die yang buat aku sedih. aku pernah terluka. aku pernah kecewa. dan cukuplah bagi aku itu pengakhiran cerita. aku takut? yaa. aku sangat takut. sekali aku terjatuh. aku mampu untuk bangun. aku cuba merangkak. walaupun payah. berkali aku jatuh dan berkali juga aku cuba berpaut untuk bangun. akhirnya aku bangkit dari kekecewaan. walaupun cuba untuk melupakan. aku berjaya. sebab aku masih ade kekuatan. tapi sekiranya aku jatuh sakali lagi. aku takut aku tak mampu lagi merangkak. apatah lagi untuk bangun. duhai hati. cukup-cukuplah terluka. aku ingin tersenyum seperti biasa...

kenape?

Kenape kadang2 kite tak sedar yang kite dah lukekan hati org? kenape kadang2 aku jadi mangse kemarahan orang? adakah aku terlalu lembut dan terlulau mudah untuk di sakiti? atau aku ni memang manusia yang tak gune dan sering mendatangkan kemarahan? ape salah aku? aah.. perasaan! tolonglah lari jauh2. supaya hati aku tak terasa tempiasnye! 

Tuesday, February 15, 2011

masa lalu.

Pernahkah wujud dalam perasaan kowang ingin kembali pada mase lalu? mesti pernah kan. lebih2 lagi mase lalu itu penuh dengan memori. penuh dengan kegembiraan. kalau la di beri peluang untuk aku undurkan mase, untuk aku lalui lagi sekali mase itu. aku lah orang pertama yang katakan "NAK". aku rindukan masa lalu. masa aku bersama dua sahabat baik aku. melalui rencah hidup suka dan duka. aku bahagia dengan mereka. walaupun pada ketika itu aku 'single'. betul orang kata, ade kekasih tak menjamin kebahagian. maksud aku kebahagian yang sebenar-benarnye bahagia. sekarang aku bahagia la dengan cinta hati aku sorang tu.. tapi bahagia yang lain mcm mane? aku tak rase sebahagia dulu. bukanlah bermakna aku tak bersyukur dengan apa yang ade. cume kekadang aku rase terkilan dengan apa yang berlaku. tak faham, dan cube memahami setiap langkah. tapi langkah itu kekadang kaku tak bermaya. aku cube untuk melangkah lagi. dan kadang2 aku tersungkur di pertengahan jalan. kehidupan. inilah kehidupan. tak pernah lari dari kesilapan. tak pernah lari dari kehidupan. masa laluku... walaupun kau dah berlalu, tapi memori itu masih tersemat di dadaku...

Sunday, February 13, 2011

bosan~

Life aku membosankan ke? entah lah. aku bukan perempuan yang keluar malam. clubbing? tak pernah ade dalam kamus hidup aku. aku juga bukan sorang yang suke tengok tv. tengok tv 24jam tanpa makan dan minum. itu bukan cara aku. tapi itulah. di sebabkan itu bukan minat aku, kadang2 life aku jadi bosan. aku suke sesuatu yang membuat hati aku "GEMBIRA". mcm mana ye? sms dengan orang tersayang. ya. itu KESUKAAN aku. BLOGGING? SHOPPING? haha like a therapy bagi aku. bila semua yang aku suka itu dah di laksanakan, aku pown jadi bosan. tak tahu nak buat ape. BF? sibuk dengan GAMES. huh! kadang2 rase nak marah. tapi itulah. bukan hak aku lagi nak mengongkong setiap ape yang die buat. iye lah. I am not his wife yet. :( bile ye status aku nak bertukar jadi PUAN? haha. dah lari topik nampak. so, skang aku bosan. that is why aku update blog. Actually, sesiapa yang bace blog aku yang tak seberape ni.. ni blog aku yang kedua.. atas sebab tertentu aku create blog baru. :) terima kasih. ehehe

sakit mate tak? haha. saje bagi cerah ckit ^^

zaman kanak2~ form 1 & form 2.

aku 1 kelas dengan bf aku since aku form 1 lagi. bukan lah aku bercinta dengan die dari form 1, tapi aku sebenarnye mungkin tanpe sedar dah jatuh hati dengan die pada kali pertame jumpe mase orientasi. cintakah itu? or sekadar cinta monyet? aku pown tidak pasti. hik3. tapi yang pasti hati aku dah tercuit. mase form 2 aku duduk belakang die dalam kelas. so die seorang laki yang sangat nakal. bayangkanlah kalau buku latihan yang cikgu tande tak pernah sampai kat aku. die sorok kat meje die. and budak2 laki sangat suke men bola kertas, tahU? bola yang di buat daripada konyokan kertas dan menjadikan ia sebijik bola. kalau kene kat kepale tu memang biol sekejap. sampailah satu hari aku tu bola yang die sepak kena kat kepala aku! sakit bukan men lagi. aku MENANGIS. hik3. sakit kot. dan aku bengang gile mase tuu.. aku dengan slumber ketok kpale die.. haha. sakit tak? padan muke kau! kate aku mase tu.. ye lahh. mase tu kami kawan kan. bukan bf, gf. :) bile di fikirkan. kelakar. dari seorang kawan yang rapat dalam gadoh mase tuu.. :)

Friday, February 11, 2011

cinta?

cinta? aku bukanlah doktor cinta. yang pandai bermadah pujangga. aku perempuan biasa. yang mempunyai hati dan perasaan. ade perasaan cinta, yang ingin memiliki dan dimiliki. itu adalah perasaan normal oleh setiap manusia. betul tak? aku bukanlah minah jiwang sangat. yang pandai berkata-kata. aku perempuan biasa. yang pernah terluka. yang pernah menyinta. itulah aku. seseorang yang rasanya terlalu banyak kisah. yang kadang2 aku sendiri teruja dengan diri aku. ehh.. aku ke itu? yang dulu pernah jatuh dalam kekecewaan bercinta? jatuh, bangun, dan kemudian jatuh lagii. yaa. itu AKU. aku lah itu. kadang2 aku boleh jadi perempuan yang sangat tabah. dan kadang2 tanpa sedar, aku lah insan yang paling terluka. aku berkorban demi cinta. dah dengan balasan pengorbanan itu aku di beri peluang mencintai seseorang lelaki yang bagi aku cukup sempurna. cuma kadang2, biasalah. aku manusia biasa. aku tak pernah puas dengan apa yang ada. terlalu banyak complain itu dan ini. itulah aku. sayang.. kalaulah kau dapat membaca di segenap ruang hatiku. kau tahu, betapa aku mencintaimu. sungguh. hatiku tak pernah menipu. cintaku tulus untuk kamu.

bermula di sini~


aku mencipta cerita di sini.
tentang kehidupan yang aku lalui.
tentang hati yang aku rasai.
tentang ape jua yang ingin aku kongsikan.