Friday, November 25, 2011

YOU.

You~~.. kadang2 i rasa i sangat bodoh. sebab i ambik risiko untuk lukakan hati i sendiri. bodohkan i? i tau u takkan ade hati untuk i. i pasti tu you. sebab ape? sebab i tau, dalam hati u ade seseorang yang u tak mampu lupakan. and dah pasti i tak mampu untuk menangi hati u kan? kenapa perempuan tu bukan i? kenape dengan diri i? kalau u tau mesti u cakap, kenape i perlu lukakan hati bf i. You. boley tolong i? tolong hilang dari hati i. hilang dari fikiran i. i merayu pada u. i tau u dah ignore i. i tau. i tatau ape u tau ape yang i rase atau pun tak. tapi tolong i. tolong sangat2. i merayu. i bukan merayu untuk u sayang i. i cuma nak u buat i sedar. sedarkan i... yang u tak mungkin dengan i. tolong i.. plssss... 

tak bisa memilihmu.


seriusly lirik die sangat menyentuh hati.
dan sangat kene batang hidung sendiri. 

Thursday, November 24, 2011

you~

"Falling for you is something i never planned. tried to avoid it. but too damn strong to ignore it."

susah tau. susah sangat bila nak ignore sesuatu yang sentiasa ade dalam fikiran. susah sangat nak buang sesuatu yang sedikit demi sedikit menguasai hati. susah. tak semudah yang di fikirkan. kalau la masa dapat di undurkan kembali. kalaulah u dapat rasa ape yang i rasa. kalau lahhh... dan semua itu kalau lah. dan kalau lah ade delete button, remove ke or block user. kan senang. i memang click semua tu. sebab i nak lupa u. i nak pergi dari hidup u. sebab i tau. no matter how hard i try, u takkan dengan i. kan? sebab i tau. u still sayang die. ex u. dan persaingan i banyak sangat. i tak nak. i xnak semua ni berlaku. i nak lari. i nak lari dari sini. i nak balik malaysia. i nak jumpa family. i nak jumpa kawan2 i. and yang paling penting i nak jumpe bf. i nak jumpe die. i nak tahu ape perasaan i kat bf i. i nak tau. ape yang dah berlaku ni? bodohnya aku. bodoh sangat. tolong sedar diri ok. aku dah ade bf. dah ade bf!! yang sayang aku sangat-sangat. kenapa aku mesti ade perasaan kat laki lain? kenapa? dan perasaan tu buat aku sendiri rasa sakit. aku tak nak perasaan ni. tapi aku tak mampu. semakin aku cuba untuk lari semakin perasaan itu menghantui. pergila u. pergi lah. walaupun hati i nak u dekat dengan i. tapi diri i nak u pergi. pergi lah. jangan ganggu i lagi. i tak nak jumpe u. walaupun i tau kite akan jumpe.

you~~ pergila..

Friday, November 18, 2011

My Love for Him!



Love is a gamble,
and your heart is the dice.
So before you roll,
you'd better think twice.

So here's my dilema,
I love him, do I take the gamble?
Should i go for it,
and just hope my heart doesn't get trampled?

Or should i sit waiting,
with a spec of hope.
Wondering instead of asking,
just afraid he'll say "nope."

Can you help me,
just tell me what to do?
Can you assure me,
he'll say, "I Love you, too."?

Well nobody can decide but me,
what will I do?
Guess we'll find out,
but right now i have no clue.

1st step.

Langkah pertama:

Untuk melupakan dia aku terpaksa untuk tak hubungi die. Berjaya ke? hahaha. Memandang kan dis weekend die gi PARIS. So aku try untuk tak contact dia. Walaupun boley jek aku nak cntact kan. Aku tak nak contact. Num die aku dah delete. So aku dah tade num die. Walaupun housemate aku ade. hahahaha. Takpe. At least aku cuba kan untuk lupakan die. Aku tade pilihan. Aku terpakse. :)

Youuuu~~~
i tade pilihan. sebab i tau. u tak rase ape yang i rase.
kalau lah u dapat rasa ape yang i rasa................... T__T
alangkah bahagianya kan?

Tuesday, November 15, 2011

semakin hari

semakin hari perasaan itu semakin hilang. kenapa? di mana silapnya? salah aku ke? susahnya bila bercakap tentang perasaan. sangat susah. kekasih, di mana kamu di dalam hati ku? kemana kamu pergi? jangan tinggalkan aku disini perasaan. dia, jangan sesekali menghapiri aku. aku takut. aku takut untuk berhadapan dengan keadaan dimana aku tak mampu buat pilihan. pilihan? bercakap pasal pilihan, pernahkan korang berada di situasi yang korang nak buat pilihan, tapi sebenarnya takde pilahan pun. faham ke? haha. aku memang dah gila. aku tak nak lukakan hati siapa-siapa. aku tak nak lulakan hati aku sendiri. aku tak nak. aku pernah terluka. tolong la hati. tolong la diri. tolong la fikiran. tolong belajar dari kesilapan. takde gunenye mengharap pada orang yang tak sudi. pada orang yang tak pasti. cukuplah sampai disini. aku perlu undur diri.

Sunday, November 13, 2011

:)

I don't want to text you because it'll go one of these ways. 
1. We text, you take forever to reply. 
or 
2. We text, flirt then heartbreak.

whatsapp.

youuuu... i nak sangat stop whatsapp u. i nak sangat tak nak contact u langsung. i nak sangat i bleh berhenti fikirkan u. i nak sangat u. i nak sangat buang u jauh-jauh dari hidup i. i nak sangat u. i nak sangat kalau boleh i tak nak jumpe u lagi. yang paling i nak, i nak u hilang dari hati i. pergila u. pergi la. i tersiksa macam ni. i dah mula rasa kehadiran u dalam hidup i. diri i tak nak. tapi hati i? kenape u? kenape u? i fall in love with the wrong guy. 


maafkan saya sayang. maafkan saya.

:)

I instantly smile when I see a text from you, I don't care what's in it. It's amazing to know I crossed your mind even just for a second.

Friday, November 11, 2011

Kehilangan.

aku sudah dapat rasakan. yang aku bakal kehilangan dia. aku tau, sejauh mana aku mencuba untuk mendekatkan diri. semakin jauh dia lari. aku tahu, aku tak sepatutnya mengejar bayang-bayang sendiri. perlu ka aku mengejar bayangan yang tak pasti? sedangkan realitinya aku sudah ada seorang insan yang betul-betul menyayangi diri ku. kenapa perlu aku mengharap pada dia? dia bukan siapa-siapa. dia bukan kekasih aku. dia tak lah handsome mane. baik? jauh sekali aku tak tahu. die seorang lelaki yang aku baru kenal. lelaki yang tanpa sedar menyentuh hati ni. lelaki yang begitu mudah untuk aku jatuh cinta. takde satu pun ciri-ciri lelaki idaman yang ada pada dia. tapi dia juga lelaki yang aku terfikir, terbayang. yang buat aku gelisah. bodohkan aku? 

Memperkenalkan.

Aku bercerita tentang siapa. di mana. semuannya menjadi rahsia. meh sini aku perkenalkan. aku ibarat teratai. teratai yang layu di tasik madu? hahaha.. aku ada bf/cinta hati/kekasih. and orang ke tiga itu adalah dia.

aku mengenali kekasih aku tu dah lama. since aku sekolah. aku bercinta ngan die agak baru. ade lah dalam dekat 2 tahun. aku sayang dia. ye aku sayang die. aku tak tipu itu. dia baik. terlalu baik. sampai aku rasa berdosa dengan diri aku. sebab die terlalu baik utk aku. mencintai aku sepenuh hati. menerima aku seadanya. bagi aku die sempurna dari segi itu. cuma die kekadang terlalu busy dengan diri dia, study dia, itu dan ini. membuat kan aku rasa terabai. walaupun jauh dari suduh hatinya, aku adalah satu2 perempuan yang dia cinta. aku tahu. aku menjadi kesayangannya. aku nampak. aku tahu. aku sayang dia. aku sendiri tahu yang aku tak mampu hidup tanpa die. itu aku tahu. aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa seorang lelaki bernama kekasih. maksud aku kekasih aku ni. sekarang ni die berada di malaysia. dan aku jauh di uk. aku tak pasti yang 'long distance relationship' ni akan work out or tak. aku tak pasti. dulu aku yakin. sebab kita tak perlu jumpa selalu orang kita cintai. kan?

semuanya berubah dalam sekelip mata. saat aku sepi kat sini. bosan. aku mengenali dia. dia yang merubah segalanya. aku pasti die tak ade perasaan untuk aku. tapi sikap ambik berat die membuat hati aku terusik. aku perasan. yes. aku perasan yang die suke aku. walaupun pada hakikatnya aku pasti die tade perasaan untuk aku. aku yang tak sedar diri. aku tahu aku di anggap kawan sama macam orang lain. aku pasti itu. kenapa hati aku mudah sangat berubah. dalam sekelip mata. dalam masa 2 bulan, hati aku berubah sampai begini sekali? kerana seorang lelaki yang aku tak pasti? yang aku baru kenali?

aku kecewa dengan diri aku. aku kecewa dengan hati aku. aku tak nak melukai hati kekasih aku yang telah banyak merawat luka di hati aku. aku tak sanggup. tapi semakin aku cuba untuk jauh kan diri aku dengan dia, hati aku jadi sakit. aku takot. aku tak cukup kuat. Ya Allah. dugaan apakah ini. aku di uji lagi.

maafkan aku sayang. maafkan aku. aku sayang akan dirimu. aku berdosa kerana terlalu memikirkannya.

hati.

Masalah hati. Susah bila bercakap pasal hati. Aku bukan jenis pandai berkata-kata. Apatah lagi nak mengarang itu dan ini. Aku kecewa. Kecewa yang aku bina sendiri. Ye. Kalau di ikutkan terus rasa hati ini memang binasa. Aku yang merana. Maafkan aku kekasih. Aku sayang akan dirimu. Tapi dia. Dia sentiasa hadir dalam fikiran aku. Bagaimana? Aku ingin lari. Ingin jauh dari semuanya.

Thursday, November 10, 2011

Bila Hati Berubah.

Dulu masa sebelum terbang. Aku berjanji dengan diri aku. Hanya kau yang menaluki hati ini. Hanya kau di hati dan tak mungkin terganti. Tapi kini. Entah lah. Bila bercakap pasal perasaan semuanya jadi susah. Semuanya jadi payah. Wahai hati. Jangan begini. Aku takut melalui hari-hari kini. Wahai kekasih. Maafkan aku. Aku tak mampu menipu diri sendiri. Hati ini tercuit dengan kehadirannya. Kenapa hatiku terlalu rapuh ya Allah. Sesugguhnya aku tak mampu. Tak mampu menipu dan menahan gelora hati yang tak pasti. Aku kah yang bersalah. Ye. Aku yang bersalah. Aku bersalah kerna aku tak mampu untuk membuat keputusan. Hidup dengan menipu hati sendiri.

Kekasihku. Maafkan aku.

Terbang Jauh

Pernah tak anda terfikir selama ni akan terbang jauh. Jauh beribu batu semata-mata untuk menuntut ilmu? Pernah terfikir ke tak? Pernah. Memang pernah. Tapi pada mulanya itu hanya angan-angan yang akhirnya jadi kenyataan. Tinggalkan ibu bapa, tinggalkan keluarga, tinggalkan kekasih hati. Semata-mata untuk merasa pengalaman manisnya berada di perantauan.

Tak semanis mana. Tak sebahagia mana. Biasa saja. Busy yang teramat sangat.


:)

Wednesday, March 2, 2011

hati sakit bila?

Rase sakit hati bile BF chat or comment2 dengan gurl lain. Tapi ape nak buat? Bile complain mesti ckp, kami kawan jek. Takkan tak bley. Masalahnye JEALOUS faham tak? nak buat macam mane dah perasaan JEALOUS tu ade. Alahaii. sakitnye hati. Kalau ikotkan nak jek sound. Tapi... SABAR. SABAR. Itu kunci utama. :) hehe. Yelaa. dat gurl tu pown same. Tak fikir ke yang BF aku tu dah ade GF. n GF die sakit hati kalau BF die comment2 dengan kau? Kau nak aku kacau BF KAU lak ke? Mcm berani jek aku kan. :) hik3.

Monday, February 21, 2011

kesedihan~

Kesedihan? Pernah ke anda rasa sedih? Tipulah kalau kate tak pernah kan? dan sebenarnya dah macam jadi lumrah kehidupan. setiap orang akan merasa sedih. nak wat cam mane. kesedihan tu datang tanpa di undangkan? mcm aku. rase sedih. terasa hati. tapi nak wat cam mane? nak di luah pade siape kalau org yang kita harapkan untuk wat kite bahagia itu lah yang membuat kite sedih? aku sedih. sangat sedih? tipulah kalau aku kata aku tak pernah bahagia. mungkin kali ni waktu aku untuk sedih. dugaan. aku terima seadanya. cume aku terkilan. kenape die yang buat aku sedih. aku pernah terluka. aku pernah kecewa. dan cukuplah bagi aku itu pengakhiran cerita. aku takut? yaa. aku sangat takut. sekali aku terjatuh. aku mampu untuk bangun. aku cuba merangkak. walaupun payah. berkali aku jatuh dan berkali juga aku cuba berpaut untuk bangun. akhirnya aku bangkit dari kekecewaan. walaupun cuba untuk melupakan. aku berjaya. sebab aku masih ade kekuatan. tapi sekiranya aku jatuh sakali lagi. aku takut aku tak mampu lagi merangkak. apatah lagi untuk bangun. duhai hati. cukup-cukuplah terluka. aku ingin tersenyum seperti biasa...

kenape?

Kenape kadang2 kite tak sedar yang kite dah lukekan hati org? kenape kadang2 aku jadi mangse kemarahan orang? adakah aku terlalu lembut dan terlulau mudah untuk di sakiti? atau aku ni memang manusia yang tak gune dan sering mendatangkan kemarahan? ape salah aku? aah.. perasaan! tolonglah lari jauh2. supaya hati aku tak terasa tempiasnye! 

Tuesday, February 15, 2011

masa lalu.

Pernahkah wujud dalam perasaan kowang ingin kembali pada mase lalu? mesti pernah kan. lebih2 lagi mase lalu itu penuh dengan memori. penuh dengan kegembiraan. kalau la di beri peluang untuk aku undurkan mase, untuk aku lalui lagi sekali mase itu. aku lah orang pertama yang katakan "NAK". aku rindukan masa lalu. masa aku bersama dua sahabat baik aku. melalui rencah hidup suka dan duka. aku bahagia dengan mereka. walaupun pada ketika itu aku 'single'. betul orang kata, ade kekasih tak menjamin kebahagian. maksud aku kebahagian yang sebenar-benarnye bahagia. sekarang aku bahagia la dengan cinta hati aku sorang tu.. tapi bahagia yang lain mcm mane? aku tak rase sebahagia dulu. bukanlah bermakna aku tak bersyukur dengan apa yang ade. cume kekadang aku rase terkilan dengan apa yang berlaku. tak faham, dan cube memahami setiap langkah. tapi langkah itu kekadang kaku tak bermaya. aku cube untuk melangkah lagi. dan kadang2 aku tersungkur di pertengahan jalan. kehidupan. inilah kehidupan. tak pernah lari dari kesilapan. tak pernah lari dari kehidupan. masa laluku... walaupun kau dah berlalu, tapi memori itu masih tersemat di dadaku...

Sunday, February 13, 2011

bosan~

Life aku membosankan ke? entah lah. aku bukan perempuan yang keluar malam. clubbing? tak pernah ade dalam kamus hidup aku. aku juga bukan sorang yang suke tengok tv. tengok tv 24jam tanpa makan dan minum. itu bukan cara aku. tapi itulah. di sebabkan itu bukan minat aku, kadang2 life aku jadi bosan. aku suke sesuatu yang membuat hati aku "GEMBIRA". mcm mana ye? sms dengan orang tersayang. ya. itu KESUKAAN aku. BLOGGING? SHOPPING? haha like a therapy bagi aku. bila semua yang aku suka itu dah di laksanakan, aku pown jadi bosan. tak tahu nak buat ape. BF? sibuk dengan GAMES. huh! kadang2 rase nak marah. tapi itulah. bukan hak aku lagi nak mengongkong setiap ape yang die buat. iye lah. I am not his wife yet. :( bile ye status aku nak bertukar jadi PUAN? haha. dah lari topik nampak. so, skang aku bosan. that is why aku update blog. Actually, sesiapa yang bace blog aku yang tak seberape ni.. ni blog aku yang kedua.. atas sebab tertentu aku create blog baru. :) terima kasih. ehehe

sakit mate tak? haha. saje bagi cerah ckit ^^

zaman kanak2~ form 1 & form 2.

aku 1 kelas dengan bf aku since aku form 1 lagi. bukan lah aku bercinta dengan die dari form 1, tapi aku sebenarnye mungkin tanpe sedar dah jatuh hati dengan die pada kali pertame jumpe mase orientasi. cintakah itu? or sekadar cinta monyet? aku pown tidak pasti. hik3. tapi yang pasti hati aku dah tercuit. mase form 2 aku duduk belakang die dalam kelas. so die seorang laki yang sangat nakal. bayangkanlah kalau buku latihan yang cikgu tande tak pernah sampai kat aku. die sorok kat meje die. and budak2 laki sangat suke men bola kertas, tahU? bola yang di buat daripada konyokan kertas dan menjadikan ia sebijik bola. kalau kene kat kepale tu memang biol sekejap. sampailah satu hari aku tu bola yang die sepak kena kat kepala aku! sakit bukan men lagi. aku MENANGIS. hik3. sakit kot. dan aku bengang gile mase tuu.. aku dengan slumber ketok kpale die.. haha. sakit tak? padan muke kau! kate aku mase tu.. ye lahh. mase tu kami kawan kan. bukan bf, gf. :) bile di fikirkan. kelakar. dari seorang kawan yang rapat dalam gadoh mase tuu.. :)