Friday, November 11, 2011

Memperkenalkan.

Aku bercerita tentang siapa. di mana. semuannya menjadi rahsia. meh sini aku perkenalkan. aku ibarat teratai. teratai yang layu di tasik madu? hahaha.. aku ada bf/cinta hati/kekasih. and orang ke tiga itu adalah dia.

aku mengenali kekasih aku tu dah lama. since aku sekolah. aku bercinta ngan die agak baru. ade lah dalam dekat 2 tahun. aku sayang dia. ye aku sayang die. aku tak tipu itu. dia baik. terlalu baik. sampai aku rasa berdosa dengan diri aku. sebab die terlalu baik utk aku. mencintai aku sepenuh hati. menerima aku seadanya. bagi aku die sempurna dari segi itu. cuma die kekadang terlalu busy dengan diri dia, study dia, itu dan ini. membuat kan aku rasa terabai. walaupun jauh dari suduh hatinya, aku adalah satu2 perempuan yang dia cinta. aku tahu. aku menjadi kesayangannya. aku nampak. aku tahu. aku sayang dia. aku sendiri tahu yang aku tak mampu hidup tanpa die. itu aku tahu. aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa seorang lelaki bernama kekasih. maksud aku kekasih aku ni. sekarang ni die berada di malaysia. dan aku jauh di uk. aku tak pasti yang 'long distance relationship' ni akan work out or tak. aku tak pasti. dulu aku yakin. sebab kita tak perlu jumpa selalu orang kita cintai. kan?

semuanya berubah dalam sekelip mata. saat aku sepi kat sini. bosan. aku mengenali dia. dia yang merubah segalanya. aku pasti die tak ade perasaan untuk aku. tapi sikap ambik berat die membuat hati aku terusik. aku perasan. yes. aku perasan yang die suke aku. walaupun pada hakikatnya aku pasti die tade perasaan untuk aku. aku yang tak sedar diri. aku tahu aku di anggap kawan sama macam orang lain. aku pasti itu. kenapa hati aku mudah sangat berubah. dalam sekelip mata. dalam masa 2 bulan, hati aku berubah sampai begini sekali? kerana seorang lelaki yang aku tak pasti? yang aku baru kenali?

aku kecewa dengan diri aku. aku kecewa dengan hati aku. aku tak nak melukai hati kekasih aku yang telah banyak merawat luka di hati aku. aku tak sanggup. tapi semakin aku cuba untuk jauh kan diri aku dengan dia, hati aku jadi sakit. aku takot. aku tak cukup kuat. Ya Allah. dugaan apakah ini. aku di uji lagi.

maafkan aku sayang. maafkan aku. aku sayang akan dirimu. aku berdosa kerana terlalu memikirkannya.

No comments: